Wednesday 11 November 2015

MATAHARI: Promosi Pakej Fotografi Perkahwinan 2015

MATAHARI: Promosi Pakej Fotografi Perkahwinan 2016:   Promosi Pakej Fotografi Perkahwinan 2016  Jangan biarkan hari terindah anda lenyap. Kenangan yang Manis harus di albumkan. ...

Promosi Pakej Fotografi Perkahwinan 2015

 Promosi Pakej Fotografi Perkahwinan 2015


 Jangan biarkan hari terindah anda lenyap. Kenangan yang Manis harus di albumkan agar kekal sepanjang zaman.




 
bersempena dengan cuti sekolah akan datang, promosi pakej fotografi perkahwinan bermula dari RM1,000 - RM2,600.
kami juga sedia menerima lain-lain event.


Untuk keterangan lanjut hubungi:

010-7900960 atau 019-3837554 - Azni
017-5610710 - Salina

Hanya yang terbaik untuk anda

Monday 3 August 2015

KASUT SOLOMON SPEEDCROSS 3






SALOMON SPEEDCROSS 3
Size available 7 - 11.5 (UK)
Training - running - hiking
RM190/PAIR incl. POSTAGE (PM), ADD RM15 (SS)


Oder dan bayar hari ini (sebelum 8pm), esok barang sampai.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

SALINA
HP:      017-5610710 (Wassap/Sms) 
TEL OFFICE: 03-55235458
FAX:   03-55232153
MAIL: salina.chesab@kowamas.com / salina.chesab@gmail.com

Friday 8 May 2015

Tortilla Ayam Wrap

Assalamualaikum n salam sejahtera semua,

Selasa lepas pergi bershopping2 barang2 dapur dekat Checkers. kebetulan aku n hubby amik cuti lajak selepas cuti hari buruh n hari wesak. lapangnya rasa shopping bile orang x ramai, mudah nak membelek2 n selesa nak tolak troli sana sini. tengah syok dok memilih sosej, hubby tanya nak masak apa untuk dinner malam karang. Terus mata ternampak tortilla wrap. sambil angkat2 kening dekat my hubby, tunjuk pkai mata je kat tortilla wrap tu.. hubby ckp okey. Set.. dinner - Tortilla Ayam.
Jom kita semak resepinya.


Tortilla Ayam wrap
bahan-bahannya:
A.
1 - 2 ketul ayam
1 inci halia - diketuk
secubit garam
1-2 cawan air - bergantung kepada saiz ayam
secubit black paper / chili flakes
secubit parsley flakes

B.
4-5 keping tortilla wrap - apa2 jenis pun boleh
salad
tomato
timun jepun
bawang holland
capsicum
mayonis
lada hitam

Cara memasaknya:

1. Bahan2 A direbus sehingga empuk/ masak dan toskan.
2. Apabila ayam td sejuk carik2kan ia.
3. Potong dadu bawang holland, tomato, capsicum dan timun jepun.
4. Masukkan bahan2 yang di potong dadu bersama2 dengan ayam yang sudah dicarik2 ke dalam bekas. kemudian masukkan mayonis dan black paper dan kacau rata.Suaikan rasa.
5. Panaskan tortilla wrap dengan menggunakan frying pan tanpa minyak selama 2 minit. api jangan terlalu besar. apabila tortilla sudah lembut angkat dan letakkan ke dalam pinggan.
6. Letakkan 1-2 keping daun salad atas kepingan tortilla. ratakan filling ayam tadi dan gulungkan kemas.
7. Potongdua tortilla dan sedia dihidang.



selamat mencuba....

Monday 27 April 2015

Nasi Campur style Jepun

Assalamualaikum...

jom kita masak nasi campur style jepun. Resepi nie aku follow  dari  rancangan masakan dairi mangkuk tingkat bersama Ili. Kebetulan masa aku tgh tukar- tukar siaran tv sambil dok conggak-conggak nak masak apa, Ili cakap dia nak masak nasi campur sytle jepun kat neelofa.Bahan yang dia guna pun x banyak dan nak masak pun senang.. aku pun terus ke dapur memulakan misi membuat nasi campur versi aku sbb ingt2 lupa resepinya ( sapa suh x salin resepi)... muhahaha..so kita namakan masakan ini sebagai:

Nasi Campur Style Jepun Versi Aku
oke.. jom kita check it out bahan2nya.

1 cup beras sushi
1/2 biji timun jepun
1/2 batang carrot
5 keping cendawan / fungus hitam (rendam sehingga kembang)
2-3 helai butterhead salad
2 biji telur
1 keping seaweed
sedikit anak ikan kembung kering / ikan bilis
cuka makan
garam & gula
minyak bijan
cili flakes
bijan hitam & putih- di panggang sebentar
cara-cara membuatnya:

1. masak nasi macam biasa. sebab aku ngan hubby je yang nak makan so, 1 cup dah cukup. bila nasi dah masa gaulkan bersama sedikit cuka, garam & gula. suaikan rasanya. kemudian ketepikan.


2. pecahkan telur ke dalam mangkuk, masukkan garam, sedikit air, sedikit lada sulah dan cili flakes. pukul sebentar kemudian gorengkan untuk di jadikan telur dadar. sejukkan dan potong memanjang.

3. cendawan hitam yang telah direndam di bersihkan dan di tos. potong carrot memanjang.panaskan sedikit minyak bijan masukan cendawan dan carrot, goreng sebentar bersama sedikit garam, cili flakes.
4. gorengkan ikan anak ikan kembung / ikan bilis dan ketepikan.



5. bersihkan daun salad dan toskan. timun jepun di belah 4 dan potong kecil2.

6. potong seaweed memanjang lebih kurang 3-4cm. Panggangkan bijan hitam & putih bersama sebentar.


7. masukkan kesemua bahan-bahan td ke dalam nasi dan gaulkan mesra. sedia di hidang.



Selamat mencuba.

Sunday 26 April 2015

Steak at El-Fresco Jaya Grocer Empire, Subang



Assalamualaikum pembaca semua...

Hari nie x nak cter pasal masak memasak, tp nak cter pasal makanan. Semalam (Ahad - 26/04/2015) sy bersama suami tercinta menuju ke Subang Jaya semata-mata nak lunch. hehehe... seperti yang dijanjikan  menu pilihan adalah steak, so kitaorng pilih untuk ke Empire Gallery shopping Centre yang terletak di Subang Jaya. Menurut suami steak di dalam Jaya Grocer ( El- Fresco) sangat sedap dan sedikit mahal. Tetapi bagi aku bukan sedikit mahal.. malahan tersangat mahal... hahahaha... apa2 pun bedal je la dah orang nak belanja.

So, lebih kurang pukul 2 petang kitaorang gerak dari rumah dan sampi kira-kira 30 minit kemudian. Sesampai je di sana bukan main ramai lagi orang, al maklumlah hujung bulan semua org dah dapat gaji. pekara pertama yang kitaorang buat adalah pilih daging. nak makan steak kan.. of course la kena pilih daging xkan pilih ikan salmon pulak... bhahahaha... harga ikan salmon yang sempat aku tgok rm 24.24 sekeping. sangat fresh.
Terdapat pelbagai jenis bahagian daging n harganye pun berbeza. Paling mahal yang ade kat situ yang aku sempat tengok adalah The Australia Wagyu Rib Eye beef,  harganya di antara RM70-RM100++. En. Suami suh pilih satu yang jenis Wagyu nie... tp x tergamak rasanya nak makan mengenangkan sekeping daging tu bleh beli 2 kampit beras 10kilo. kedekut. bhahahaha....

So, sebab nak jugak makan steak, daging yang kitaorng pilih adalah Australia Grain Fed beef striploin. harganye RM 45.17 x 2. Amboi2...harga!... hohoho. lepas dah pilih daging tu kitaorang ke kaunter tuk suh diorang masak, pesan air, n side dish skali. side dish dia ade 4 jenis mix salad, mashed potato, aglio olio spaghetti & mix vegetables. en. suami pilih mix vegetable dan aku pulak mix salad. setiap side dish berharga RM 7.20. Harga x termasuk GST. perlu tau ye... GST x kena pada barang mentah tp pada kos memasak. Lebih kurang 15 minit menunggu maka sampi la hidangan yang di tunggu-tunggu. sebelum baca doa n makan, amik gambar dulu n post kat fb. adoiiyaiiii.. apa la nak jadi... Jom layan gambar steak yang sempat aku ambil.

Australia Grain Fed Beef  Strip loin with mix vegetables


Dah berselerak tue, x sempat nak amik gambar en. suami dah selerakkan makanan dalam pinggan dia. x sabar betul. hahahaha..


Australia Grain Fed Beef  Strip loin with mix salad


Sungguh menyelerakan. selalunya kalau makan steak aku mesti pilih well done untuk cara masaknya , tp kali nie aku minta medium. 1st time nak cuba steak medium nie.Dagingnye sangat lembut dan cair di mulut. cuma aku x berminat sangat dengan dressing dia... yang kaler oren-oren tepi pinggan tue... rasanye macam jem nenas. aku makan 3/4 je lg 1/4 mintak tolong en. suami yang habiskan sebab aku dah terkediks-gediks nak mkn pizza pulak. bile suami aku makan steak aku tue dia cakap daging aku tue dia x masak medium tapi medium rare... wahhhh patut la juice sangat.. aku mkn daging mentah rupanya. tp sedap sangat. slalu amik well done keras kedekung je steak aku tue. kali nie baru la betol2 makan steak... muhahaha...
oke.. next makan pizza plak... emmmm... sedapppp sangat.
Pizza Funghi E Prosciutto


sebelum balik sempat lagi bergambar dengan Mr. Brown. hehehe...

Tuesday 14 April 2015

Bebola Donut

Assalamualaikum...

Suatu petang yang aman damai (semestinya hujung minggu) tekak tetiba nak makan benda manis.. tup!!! terlintas nak mkn donut... tp bukan donut biasa.. Dunkin Donut. Nak kuar malas.. Nak oder.. ade ke delivery... So.. timbang2.. Buat sendiri la... google resepi kat tenet n cari yang paling mudah skali...
Thank to Mylittlemomo... caras resepi dlam bloq dia n ubah suai skit  kuantiti dan juga bhgian topping ja,... resepi asal bleh tgok kat http://www.mylittlemomo.net/2014/09/resipi-donut-simple-gebu-tanpa-telur.html


RESIPI: DONUT SIMPLE GEBU TANPA TELUR

Bahan-bahan:

Bahan A:
 2 cup tepung gandum
 1/2 sudu besar marjerin

Bahan B: 
1 sudu besar susu pekat manis
2 sudu kecil yis/mauripan
1 sudu besar gula
1 cawan air suam

Bahan C:
Gula halus/Gula Castor / cinnamon sugar n Coklat cair sebagai topping.

Cara-cara:
- Campurkan tepung dan marjerin. Gaul guna tangan sampai sebati.
- Di bekas lain, campurkan yis, susu pekat, gula ke dalam air suam. Tutup dan biarkan seketika sehingga campuran berbuih.
- Bila campuran bahan B sudah berbuih, tuangkan ke dalam campuran tepung, caranya dengan melubangkan tepung di bahagian tengah dan tuang air sedikit semi sedikit, uli dan tuang air sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
- Uli dengan penuh bersemangat selama 10-15 minit. Agak-agak adunan dah sebati dan comel. Yang penting x lekat kat tangan.
- Rehatkan adunan dalam masa 30 minit - 1 jam. Tutup guna kain basah. Adunan akan naik sekali ganda.
- Bila adunan dah naik, tumbuk-tumbuk adunan untuk keluarkan angin dan boleh mulakan proses membentuk donut. saya buat bulat2 ja.. macam cokodok.
- Rehatkan donut yang telah dibentuk, bila dah naik sikit boleh la goreng di dalam minyak banyak yang panas.
- Setelah donut kekuningan bolehlah angkat dan taburkan gula halus/ cinnamon sugar & coklat cair
- Siap dan sedia untuk dibaham :)

Donut bersama cinnamon sugar

Donut bersama gula castor n coklat





Kimbab sedap n simple

Assalamualaikum kepada pembaca semua,

sudah lama rasanya aku x mencoret sesuatu kat sini. So, arini aku nak kongsikan satu lagi resepi yang aku n family suka makan. resepi mudah je tapi sedap. pertama skali tgok pic dulu tuk amik mood.... hehehe...
Ni diaaaa... Kimbab sedap n simple





oke.. xyah cter panjang2, jom kiter tgok bahan2nya,

1. Beras sushi / beras basmathi
2. Seaweed atau rumpai laut ( makesure yg halal ye).
3. Minyak bijan
4. Minyak masak (sedikit aje gunanya)
5. Telur 2-3 biji (buat telur dadar dan hiris memanjang)
6. Sebatang timun jepun
7. Kubis beijing ( di hiris memanjang)
7. Tuna
8. Sedikit garam
9. Bamboo mat (Alat tuk mengulung sushi)


Cara-cara penyediaan:
  1.  Masak nasi dalam 2 pot. Cuci beras macam kita selalu masak tu. 2 pot beras, bersamaa 4 pot air. Masak macam biasa kita tanak nasi. boleh dapat dalam 4-5 batang kimbab.
  2. Masa menunggu beras masak, kita goreng telur dadar. Tarukkan secubit garam dalam adunan telur tu. Goreng seperti biasa.Nak sedap lg boleh letak juga black paper / paprika / chili flakes. Potong memanjang bila sudah masak.
  3. Untuk timun pula, potong kedua-dua hujungnya dan potong memanjang n jangan nipis sangat tau. At least, sebesar saiz jari kelingking. Kubis juga dihiris halus n memanjang.
  4. Setelah nasi masak, dan agak suam-suam, masukkan ke dalam satu mangkuk besar dan titiskan sedikit minyak bijan ke atas beras dan letakkan beberapa cubit garam. ikut citarasa anda. anda juga boleh gantikan minyak bijan dengan cuka. (cuka+gula + garam) . Gaul nasi, garam dan minyak minyak itu agar mesra. 
  5. Ambil papan pemotong atau pinggan besar dan letakkan bamboo mat ke atasnya dan letakkan pula sekeping seaweed ke atasnya. Letakkan sedikit nasi yang telah digaul tadi sedikit demi sedikit di atas seaweed dan lenyekkan nasi tersebut. Macam gambar kat bawah ni .
  6.  
    warna oren2 tue kerak nasik sebenarnye.. hehehe
  7.  Lenyek keliling kepingan seaweed tu tapi yang dihujung tu jangan taruk banyak sangat sebab takut bila digulung nanti, nasi terkeluar di hujungnya. Tak cantik pula kimbap tu nanti.
  8. Kemudian ambil timun, kubis, telur dan tuna dan letakkan rapat-rapat. Ala-ala macam bertindan.
  9.  
    inti boleh di ganti dengan apa2 yang anda suka.
  10. Bila hendak menggulung, pastikan tangan anda menggulung perlahan-lahan sambil menekan isi kimbap agar tidak terkeluar. Sambil menggulung, tekan sedikit kuat di bamboo mat berisi kimbap tersebut agar seaweed, nasi dan isi kimbap mampat. Gulung pelahan-lahan hingga ke hujung. dan kemudian gelek ke hadapan dan ke belakang bamboo mat berisi kimbap tu. 
  11. Setelah selesai menggulung, kimbap anda akan kelihatan panjang. 
  12.  

  13. Untuk memotongnya, potong saiznya sebesar ibu jari. Kalau rasa nak tebal, bolehlah potong ikut suka-suka hati... :)
  14. Dah siap potong semua, bolehlah dihidangkan bersama sambal kicap.
    sesuai di makan x kira masa...


Pertemuan dengan Doktor Gigi

Assalamualaikum....

Pernah tak korang rasa mengigil satu badan sebab takutkan sesuatu?. Menggeletar satu badan macam nak pengsan.

hari ini aku merasai pengalaman mengigil satu badan. perkara yang paling aku x suka nak buat tp terpaksa juga buat. seorang yang aku tak nak jumpa. kalau boleh x nak pandang pun; DOKTOR GIGI. kelakar x?.. aku x tahu lah aku nie takut dengan doc ke / dengan alatan / bau-bauan2 dekat klinik gigi tue.. yang pastinya kalau aku mmg x suka dengan semua yang ade dengan situ. tapi demi nak menjaga gigi dari sakit kemudian hari... terpaksa la jugak aku hadap pekara yang aku takutkan tue.

Dengan penuh keazaman dan sedikit sisa-sisa keberanian, aku pegi jugalah klinik kesihatan sek 7 shah alam.
jauh jugak la nak parking sbb mmg ramai org dekat klinik kerajaan nie.

mula2 sampai daftar nama n amik no giliran.. dapat je no. giliran tu.. jantung rasa macam nak meletop, kaki dah mengigil, seram sejuk satu badan. Penantian itu satu penyeksaan, sbb ape.. setiap kali loceng no berbunyi aku dah mengelabah. dalam hati nie berdoa supaya di permudahkan segala urusan dan yang penting x sakit.

tiba je giliran aku, tarik nafas panjang2 nak begerak ke blik doc. sblom masuk baca doa n langkah kaki kanan. aku senyum kat doc, tp xtau senyum aku tu nampak mcm senyum ke x? sbb otot2 muka aku nie dah rasa keras semacam je...

soalan pertama doc tanya kat aku, " datang sini nak buat apa ye?". aku jawab "x tau"... hahahaha.. kelakar x? doktor tue x marah plak bile aku cakap xtau.. dia suruh aku relex & baring kat kerusi khas untuk check gigi... satu persatu dia check. pastu dia tanya aku nak tampal ke nak cuci. then aku jwb nak buat yang mana x sakit tp sebelum buat aku minta doktor letak ubat x kasi sakit.. ubat kebas la tue... tp doktor xnak kasi.. hampehhh... konon x sakit... aku dh mengeletar.. air mata dah berlinangan...

hampir 5 minit 'berbincang' dengan doktor aku putuskan tuk tampal je gigi berlubang aku tue.. ade 2 tempat gigi berlubang.. malangnye aku bleh buat satu gigi je... prosedur klinik gigi kerajaan satu hari satu gigi.. huhuhahahah... ini bermakna aku perlu lalui situasi yang sama sekali lg klu aku nak tmpal lagi satu gigi. adoiiyaiii....

apa2 pun bermula la acara menyedut, memcuci, mengorek, menampal. dan macam2 la.. dari mula proses ssampi ke siap semua nya... badan aku mengeras saja... air mata xyah cter la.. laju je kuar aku pun x tau kenapa.. padahal tak sakit sangat pun.. tangan nurse yang dok pujuk smbil beborak ngan aku tu.. aku x lepas dari awal sampi abis.. aku gengam kuat2. doktor gigi tue cakap aku trauma sbb tu aku jd macam tue.. betul la tue.. masa kecik dulu, darjah 1 @ 2 macam tue.. ade klinik gigi bergerak datang ke sekolah, dan aku salah seorang murid yang menjadi mangsa keganasan seorang nurse yang menggerudi gigi aku. aku serik. aku xanak ingt pengalaman tue.

hampir 15 minit, selesai la sudah sesi menampal. lega. lepas berkumur, doktor tu cakap nnt datang lagi. aku pun ckp insya Allah. x tau la bile aku akan jejak kaki lg kat klinik gigi.. hmmmm.... walaupun dia buat slow2 n x sakit tp aku masih lg rasa ngeri nak pergi lagi ke klinik gigi. tp aku mmg ada bercita-cita tuk cuci gigi. in-sya Allah suatu hari nnt.

sehinggit tuk pendaftaran dua hinggit tuk tampal gigi... Murah... hehehe

 sekian la saje kisah aku n doktor gigi.. hahahaha...


Monday 23 March 2015

Roti Sarang Lebah

ROTI SARANG LEBAH

Assalamualaikum buat pembaca2 semua...

Hari aku nak kongsi satu lagi resepi yang agak mudah. Resepi Roti Sarang Lebah. Macam biasa search je kat internet mesti keluar macam2 versi resepi nie. aku sebenarnya tak berminat nak buat masakan yang memerlukan masa yang lama untuk siap, tetapi dek terpengaruh dengan sepupu aku, maka aku pun try la buat. sepupu aku nie memang suka memasak. segala macam jenis resepi di cubanya. semuanya menjadi plak tue.

cousin aku kalau dia masak, dia memang suka buat hidang yang berbagai warna. contonya macam gambar bawah nie..

Kuih Jala & Kari Ayam

Laksam

Kuih Sagu

Kuih Lompang

meriahkan?... hehehe.. bukan sekadar manisan je warna warni, Laksam pun warna warni. Dia la mendorong aku banyak ke dapur. bile dia cter masak itu masak ini aku rasa seronok lak nak mencuba...

so, satu petang yang aman damai aku pun try la resepi roti sarang lebah nie. di sebabkan aku xde bread maker, maka perlulah menguli pakai tangan. Tayang lagi gambar roti sarang lebah nie.. hahahaa..

Roti yang sudah siap dibakar

 Jom kita semak bahan-bahannya. Resepi yang aku wat ni aku follow je resepi dari blog  Azie Kitchen.

Bahan-Bahan Doh:

2 cawan tepung gandum

1/2 sudu teh dry yis

1/4 sudu teh garam

½ sudu teh baking powder

1 sudu besar gula pasir

¼ cawan plain yogurt - suhu bilik

¼ cawan minyak sun flower/minyak jagung

1/2 cawan air suam 

Bahan Tabur:

Almond flakes

Bijan Hitam / pumkin seeds / sunflower seeds
Butterscotch

Cara cara:
1. Larutkan yis dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.

2. Dalam mangkuk adunan, satukan garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati. 

3. Masukkan campuran yis  dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.

4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah menguli doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya macam nak sental baju zaman dulu dulu (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
5. Uli sehingga doh menjadi elastic. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.

6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup macam dalam oven atau microwave yang TAK di ON. Bila doh dah naik, tumbuk tumbukkan supaya keluar anginnya
7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing (dalam 20 gram) dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak. 
8. Buat sehingga habis. Memang doh lembik tapi jangan risau kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak jer. Biarkan doh naik 2X ganda. Lumur bahan sapuan. Pastikan sapuan ini tidak meleleh ke dasar loyang kerana ianya akan membuatkan roti anda melekat dan susah ditanggalkan bila telah masak. 9. Taburkan dengan bijan hitam dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Kan aku dah cakap nak wat roti nie amik masak yang agak lama. Ok sementara menunggu doh naik, ON kan oven pada suhu 180-200C api atas bawah.
10. Pastikan oven betul betul panas, baru dimasukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
11. Bakar selama 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat cepat tuangkan butterscotch di atasnya. Sedia untuk dihidangkan.

Nota:
1) doh memang lembik. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tangan anda dengan minyak masa nak bahagi bahagi doh kecik kecik.
2) tak payah bulat bulat sangat pun, sekadar lebih kurang sebab nanti ia akan bulat sendiri bila naik.
3) pastikan oven benar benar panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak habis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas kemas
 
Dah siap!...

sungguh enak di makan begitu saja...uhuuuuu...

Sos Butterscotch

Bahan bahan:
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boh jer susu cair)
Secubit garam 
1/2 sudu kecil vanilla essence
25 gram butter

Cara cara:
Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati padamkan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
Nota:
Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat..


Thursday 19 March 2015

Salad Citra Warna

 


Assalamualaikum...

satu lagi juadah yang aku selalu buat untuk suami yang tersayang adalah salad. Salad nie simple je nak buat. aku namakan salad nie Salad Citra warna, Ewahhhh...sebabnya salad nie berwarna-warni kot... huhuhu

oke, xnak celoteh panjang, resepinya kat bawah nie:

Salad Citra Warna

Bahan-bahannya:
Brokoli - di potong kecil
Bunga kubis - di potong kecil
Lobak merah - di potong kecil (ikut kreativiti korang)
Capsicum merah - di potong dadu

Isi ayam (minyak zaitun + halia + bawang putih) di perap seketika.

bahan-bahan perisa:
lada hitam
garam
serbuk oregano
serbuk parsley
minyak zaitun
air lemon
air untuk merebus

Bahan-bahan nie memang aku x letak sukatan.. just sesedap rasa n sesuka hati korang... mana2 yang korang suka boleh lebihkan, mana yang x suka boleh kurangkan atau x perlu letak.

Cara-cara membuatnya:
1. Isi ayam dihiris nipis2, perapkan bersama minyak zaitun,halia dan bawang putih yang di cincang halus.
2. panggangkan isi ayam dalam kuali. balik-balikkan sehingga masak dan ketepikan.
3. Dalam kuali yang sama panggang kan sebentar capsicum dan ketepikan.
4. Panaskan air, masukan lobak merah yang telah di potong bersama sedikit garam, celurkan sampi lobak merah empuk. kemudian toskan.
5. Dalam kuali yang sama celurkan brokoli dan bunga kubis bersama2 sedikit garam. tidak perlu lama supaya khasiatnya tidak hilang. kemudian toskan.
6. masukkan semua bahan dan suaikan rasanya. jika tidak yakin mulakan dengan sesudu bagi setiap perasa dan tambah mana2 yang kurang. macam aku, slalu aku letak lebih oregano sbb aku sukakan baunya.

cantikkan.. warna warni gitu...



aku terlupa nak ambik gambar.... ini je tinggal sebelum en. suami habiskan. sesapa yang berdiet bolehlah memcuba resepi nie.

Note: isi ayam juga boleh  di rebus, just rebuskan ayam bersama halia dan garam. kemudian tos dan ketepikan. apabila sejuk carik2kan isi ayam.

Resepi Vietnamese Spring Roll

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca yang dikasihi

Hari ini aku nak berkongsikan satu resepi yang aku suka makan. resepinya mudah jekkk.... aku pun cilok dari beberapa web lain then olah2 skit. xde lah olah sangat pun, cuma tukaq bahan dan tambah sikit-sikit je.. hehehehe...

oke tanpa membuang masa, cer skroll tgok resepi kat bawah nie.

Vietnam spring roll versi aku.
                                                         

Vietnam Spring Roll

Bahan-Bahan:
Rice paper
Beberapa helai daun salad - (aku pakai jenis green coral & butterhead)
1 biji timun jepun (di potong berbentuk taji)
Capsicum ( di potong dadu)
bihun (di celur dan perisakan dengan sedikit garam dan lada hitam)
daging cincang (diperap dengan halia, garam, kicap manis, lada hitam & di goreng dgn sedikit minyak zaitun (resepi asal ada letak udang)
2 biji telur (di goreng dan potong memanjang)

sos:
2 cili merah/padi (potong cincang)
3-4 ulas bawang putih (potong cincang)
Satu ibu jari halia (potong cincang)
secukup rasa sos ikan
secukup rasa gula
Sedikit kacang tanah ditumbuk (aku tak letak)


 Cara-cara membuat:
1. Satukan bahan-bahan sos itu dan masak di atas api yang sederhana. Ketepikan sos itu & tunggu sehingga dia sejuk.
2. Keluarkan rice paper dan rendamkan dalam air suam. Sekejab saja dan angkat bila ia sudah menjadi lembut. rice paper nie mudah koyak kalau rendam lama, jadi kena hati2 sikit.
3. Kemudia letakkan rice paper atas towel lembab dan bersih or bamboo mat. Letakkan sehelai salad, timun, bihun, capsicum, daging dan telur di atas rice paper dan kemudian tuangkan sedikit sos tadi. sedikit sahaja ye.
4. Proses menggulung.Gulungkan saja rice paper tadi.. (cara-caranya macam anda tengok orang gulung popia)
5. Curahkan sedikit lebihan sos di atas spring roll dan sedia di hidang =D


rupanya xdelah cantik, tp mmg sedap... 


Bicara Hati

Assalamualaikum...

petama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada sesapa yang sudi membaca coretan aku nie. ini kali kedua aku create blog. kali pertama aku dah tak ingt user id & password, then ini kali kedua aku create, harap-harap la boleh selalu mencoret sesuatu kat sini.

that it's!
tq

muhahahaha...