Wednesday 9 March 2016

PAVLOVA KU

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.

resepi kali ini yang aku nak kongsikan dengan you all bukanlah resepi kegemaran pun... tp kebetulan ade buah2an lebih dan sesuai untuk buat resepi pavlova nie. aku sebenarnya x suka sangat dengan makanan manis, tetapi memandangkan buah2an yang di gunakan nampak meriah dan sedap aku pun teringin nak mencubanya. silalah semak bahan2 nak cara2 membuatnya.

bahan2 untuk buat "meringue" pavlova ini adalah:

4 biji putih telur ( putih saje ye jgn memandai2 letak kuningnya skali... hehehe)
3/4 cawan gula castor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan

Sediakan loyang
Alas loyang dengan baking paper.
Lorek atas baking paper bulatan berdiameter  8inc
Terbalik kan kertas. Kalau ade ring bulat pun boleh juga gunakan
Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100C

Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu
Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dlm bekas kecil
Kacau rata hingga semua bahan larut
Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik.
Letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi ratakan.
Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis
Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya

Bahan Hiasan
Wiping Cream
Strawberry - di potong baji
Kiwi - di potong baji
oren - di potong kecil

Whiping Cream di pukul dgn kelajuan maksima hingga kental
Letakkan atau calitkan whiping cream atas pavlova tadi
Hiaskan dengan buah-buahan segar


kalau nak kan resepi bergambar boleh lihat dekat blog cik epal



inilah hasilnya... pavlova aku yang pertama... nampak meriah dan sedapkan..



Tuesday 8 March 2016

TELUR GULUNG ALA-ALA KOREA GITU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

check it out... walllahhh... BoMMMMM!!!... Nin diaaa... telur gulung ala-ala korea style versi aku.. muhuhuhu...


amacam sedap bukan... boleh ratah begitu saje... hehehe

aku memang pengemar telur. kalau masak maggie telur wajib ade. kalau xde telur x makan maggie pun x pe... hahahaha.. ye ke?
actually telur gulung nie lebih kurang telur dadar berinti yang slalu kita makan atau buat tu jer... bezanya telur gulung di gulung telur dadar di dadar... eh ape aku cakap nie. ah.. lantak lah.. korang pun tahu kan telur dadar tue macam mana, x perlu la jelaskan panjang2.
oke mari kita semak bahan-bahan dan cara nak wat telur gulung.

Bahan-bahan:
  • 4 biji telur
  • 1/4 batang lobak merah - di potong dadu / diracik halus
  • 1/4 capsicum hijau - di potong dadu / di racik halus
  • 1 biji cili besar merah - diracik halus
  • 2 helai daun bawang - di potong kecil
  • 1 sudu besar mayonis
  • Garam dan serbuk perasa, (terpulang pada citarasa anda) 
cara-cara
  • Pecahkan telur dalam mangkuk
  • Kacau telur dan mayonis hingga sebati
  • Masukkan lobak dan daun bawang yang telah dicincang tadi ke dalam mangkuk yang berisi telur
  • Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • Kacau sebati semua bahan
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali non-stick
  • Bila minyak sudah panas, masukkan bancuhan telur tadi ke dalam kuali
  • Biarkan hingga bahagian bawah telur masak
  • Hendaklah menggunakan api yang kecil sahaja
  • Setelah bahagian bawah telur masak, gulung sedikit bahagian tepi untuk tapak gulungan
  • Teruskan menggulung telur sehingga selesai
  • Pastikan bahagian atas telur belum kering supaya dapat melekatkan gulungan telur
  • Biarkan telur yang telah siap digulung di dalam kuali kira-kira seminit supaya bahagian dalam telur masak
  • Potong mengikut lebar satu jari ibu 
  • Siap!
 resepi ini boleh rujuk juga di SINI

TELUR GULUNG AKU YANG RANGUP DI LUAR DAN GEBU DI DALAM

hmmmm... mmg sedap!


BUBUR SUM SUM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi yang saya sendiri pun cilok daripada orang lain... hehehe. resepi ini dah lama saya buat cuma sekarang baru nak post. sesuai untuk minum petang sambil santai-santai menonton televisyen.so, nak cter serba sedikit mengenai bubur sumsum nie. Bubur sumsum adalah sejenis makanan berupa bubur warna putih yang dimakan dengan kuah manis (air gula merah). Dibuat dari bahan tepung beras. Makanan ini terdapat di Indonesia dan juga di Malaysia. Nama bubur sumsum diambil dari penampilannya yang seperti sumsum tulang. walau bagaimanapun sekarang ini ramai yang suka buat resepi ni pelbagai warna dan bentuk. begitulah serba ringkas mengenai bubur sumsum. 
jom kita check it out resepi dan cara membuatnya.



 Bahan-bahan A:

1 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
4 1/2 cawan santan
1 sudu teh garam
sedikit pewarna hijau dan merah (optional)

Sirap gula melaka :
  • 250 g gula melaka
  • 1/4 cwn gula pasir
  • 500 ml air
  • 1 helai daun pandan - disimpul 
  • masak semua bahan sehingga larut. kemudian tapis dan ketepikan.
 
Cara2:
  1. Campurkan semua bahan2 A tadi kecuali pewarna dalam periuk. Masakkan  dengan api sederhana.
  2. Kacau berterusan untuk mengelakkan adunan jadi berketul2 di dasar periuk. Apabila mendidih teruskan mengacau dalam 15 minit untuk memastikan tepung benar2 masak dan menghasilkan  tekstur yang lembut dan boleh dipotong dengan cantik. cara memastikan adunan sudah masak ia akan meletop2 dalam periuk dan juga nampak berkilat.
  3. Bila dah puas hati, tutup api. saya ambil 1/3 adunan untuk dicampur dengan warna hijau. Kacau cepat2 dan tuangkan dalam bekas yang di sapu dengan sedikit minyak. saya guna acuan kuih lompang. buat yang sama juga untuk warna merah. sambil itu kacau baki adunan agar tidak memekat.
  4. setelah adunan di masukan dalam acuan kecil biarkan ianya sejuk.
  5. Dah sejuk, boleh potong atau keluarkan dari bekas2 kecil, masukkan dalam mangkuk. Tuangkan sedikit kuah gula merah dan sedia untuk dinikmati.

Cara buat kuah gula merah ala Jordan:
1 cawan gula dimasak dan dijadikan gula hangus. Bila sudah keperangan masukkan 1 cawan air dan 1/2 cawan dibs (madu kurma)..kacau sehingga larut. Setelah mendidih tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Jika dirasakan terlalu manis boleh tambah air ikut kesesuaian.
 
boleh lihat resepi yang saya rujuk di SINI