Monday, 27 April 2015

Nasi Campur style Jepun

Assalamualaikum...

jom kita masak nasi campur style jepun. Resepi nie aku follow  dari  rancangan masakan dairi mangkuk tingkat bersama Ili. Kebetulan masa aku tgh tukar- tukar siaran tv sambil dok conggak-conggak nak masak apa, Ili cakap dia nak masak nasi campur sytle jepun kat neelofa.Bahan yang dia guna pun x banyak dan nak masak pun senang.. aku pun terus ke dapur memulakan misi membuat nasi campur versi aku sbb ingt2 lupa resepinya ( sapa suh x salin resepi)... muhahaha..so kita namakan masakan ini sebagai:

Nasi Campur Style Jepun Versi Aku
oke.. jom kita check it out bahan2nya.

1 cup beras sushi
1/2 biji timun jepun
1/2 batang carrot
5 keping cendawan / fungus hitam (rendam sehingga kembang)
2-3 helai butterhead salad
2 biji telur
1 keping seaweed
sedikit anak ikan kembung kering / ikan bilis
cuka makan
garam & gula
minyak bijan
cili flakes
bijan hitam & putih- di panggang sebentar
cara-cara membuatnya:

1. masak nasi macam biasa. sebab aku ngan hubby je yang nak makan so, 1 cup dah cukup. bila nasi dah masa gaulkan bersama sedikit cuka, garam & gula. suaikan rasanya. kemudian ketepikan.


2. pecahkan telur ke dalam mangkuk, masukkan garam, sedikit air, sedikit lada sulah dan cili flakes. pukul sebentar kemudian gorengkan untuk di jadikan telur dadar. sejukkan dan potong memanjang.

3. cendawan hitam yang telah direndam di bersihkan dan di tos. potong carrot memanjang.panaskan sedikit minyak bijan masukan cendawan dan carrot, goreng sebentar bersama sedikit garam, cili flakes.
4. gorengkan ikan anak ikan kembung / ikan bilis dan ketepikan.



5. bersihkan daun salad dan toskan. timun jepun di belah 4 dan potong kecil2.

6. potong seaweed memanjang lebih kurang 3-4cm. Panggangkan bijan hitam & putih bersama sebentar.


7. masukkan kesemua bahan-bahan td ke dalam nasi dan gaulkan mesra. sedia di hidang.



Selamat mencuba.

Sunday, 26 April 2015

Steak at El-Fresco Jaya Grocer Empire, Subang



Assalamualaikum pembaca semua...

Hari nie x nak cter pasal masak memasak, tp nak cter pasal makanan. Semalam (Ahad - 26/04/2015) sy bersama suami tercinta menuju ke Subang Jaya semata-mata nak lunch. hehehe... seperti yang dijanjikan  menu pilihan adalah steak, so kitaorng pilih untuk ke Empire Gallery shopping Centre yang terletak di Subang Jaya. Menurut suami steak di dalam Jaya Grocer ( El- Fresco) sangat sedap dan sedikit mahal. Tetapi bagi aku bukan sedikit mahal.. malahan tersangat mahal... hahahaha... apa2 pun bedal je la dah orang nak belanja.

So, lebih kurang pukul 2 petang kitaorang gerak dari rumah dan sampi kira-kira 30 minit kemudian. Sesampai je di sana bukan main ramai lagi orang, al maklumlah hujung bulan semua org dah dapat gaji. pekara pertama yang kitaorang buat adalah pilih daging. nak makan steak kan.. of course la kena pilih daging xkan pilih ikan salmon pulak... bhahahaha... harga ikan salmon yang sempat aku tgok rm 24.24 sekeping. sangat fresh.
Terdapat pelbagai jenis bahagian daging n harganye pun berbeza. Paling mahal yang ade kat situ yang aku sempat tengok adalah The Australia Wagyu Rib Eye beef,  harganya di antara RM70-RM100++. En. Suami suh pilih satu yang jenis Wagyu nie... tp x tergamak rasanya nak makan mengenangkan sekeping daging tu bleh beli 2 kampit beras 10kilo. kedekut. bhahahaha....

So, sebab nak jugak makan steak, daging yang kitaorng pilih adalah Australia Grain Fed beef striploin. harganye RM 45.17 x 2. Amboi2...harga!... hohoho. lepas dah pilih daging tu kitaorang ke kaunter tuk suh diorang masak, pesan air, n side dish skali. side dish dia ade 4 jenis mix salad, mashed potato, aglio olio spaghetti & mix vegetables. en. suami pilih mix vegetable dan aku pulak mix salad. setiap side dish berharga RM 7.20. Harga x termasuk GST. perlu tau ye... GST x kena pada barang mentah tp pada kos memasak. Lebih kurang 15 minit menunggu maka sampi la hidangan yang di tunggu-tunggu. sebelum baca doa n makan, amik gambar dulu n post kat fb. adoiiyaiiii.. apa la nak jadi... Jom layan gambar steak yang sempat aku ambil.

Australia Grain Fed Beef  Strip loin with mix vegetables


Dah berselerak tue, x sempat nak amik gambar en. suami dah selerakkan makanan dalam pinggan dia. x sabar betul. hahahaha..


Australia Grain Fed Beef  Strip loin with mix salad


Sungguh menyelerakan. selalunya kalau makan steak aku mesti pilih well done untuk cara masaknya , tp kali nie aku minta medium. 1st time nak cuba steak medium nie.Dagingnye sangat lembut dan cair di mulut. cuma aku x berminat sangat dengan dressing dia... yang kaler oren-oren tepi pinggan tue... rasanye macam jem nenas. aku makan 3/4 je lg 1/4 mintak tolong en. suami yang habiskan sebab aku dah terkediks-gediks nak mkn pizza pulak. bile suami aku makan steak aku tue dia cakap daging aku tue dia x masak medium tapi medium rare... wahhhh patut la juice sangat.. aku mkn daging mentah rupanya. tp sedap sangat. slalu amik well done keras kedekung je steak aku tue. kali nie baru la betol2 makan steak... muhahaha...
oke.. next makan pizza plak... emmmm... sedapppp sangat.
Pizza Funghi E Prosciutto


sebelum balik sempat lagi bergambar dengan Mr. Brown. hehehe...

Tuesday, 14 April 2015

Bebola Donut

Assalamualaikum...

Suatu petang yang aman damai (semestinya hujung minggu) tekak tetiba nak makan benda manis.. tup!!! terlintas nak mkn donut... tp bukan donut biasa.. Dunkin Donut. Nak kuar malas.. Nak oder.. ade ke delivery... So.. timbang2.. Buat sendiri la... google resepi kat tenet n cari yang paling mudah skali...
Thank to Mylittlemomo... caras resepi dlam bloq dia n ubah suai skit  kuantiti dan juga bhgian topping ja,... resepi asal bleh tgok kat http://www.mylittlemomo.net/2014/09/resipi-donut-simple-gebu-tanpa-telur.html


RESIPI: DONUT SIMPLE GEBU TANPA TELUR

Bahan-bahan:

Bahan A:
 2 cup tepung gandum
 1/2 sudu besar marjerin

Bahan B: 
1 sudu besar susu pekat manis
2 sudu kecil yis/mauripan
1 sudu besar gula
1 cawan air suam

Bahan C:
Gula halus/Gula Castor / cinnamon sugar n Coklat cair sebagai topping.

Cara-cara:
- Campurkan tepung dan marjerin. Gaul guna tangan sampai sebati.
- Di bekas lain, campurkan yis, susu pekat, gula ke dalam air suam. Tutup dan biarkan seketika sehingga campuran berbuih.
- Bila campuran bahan B sudah berbuih, tuangkan ke dalam campuran tepung, caranya dengan melubangkan tepung di bahagian tengah dan tuang air sedikit semi sedikit, uli dan tuang air sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
- Uli dengan penuh bersemangat selama 10-15 minit. Agak-agak adunan dah sebati dan comel. Yang penting x lekat kat tangan.
- Rehatkan adunan dalam masa 30 minit - 1 jam. Tutup guna kain basah. Adunan akan naik sekali ganda.
- Bila adunan dah naik, tumbuk-tumbuk adunan untuk keluarkan angin dan boleh mulakan proses membentuk donut. saya buat bulat2 ja.. macam cokodok.
- Rehatkan donut yang telah dibentuk, bila dah naik sikit boleh la goreng di dalam minyak banyak yang panas.
- Setelah donut kekuningan bolehlah angkat dan taburkan gula halus/ cinnamon sugar & coklat cair
- Siap dan sedia untuk dibaham :)

Donut bersama cinnamon sugar

Donut bersama gula castor n coklat





Kimbab sedap n simple

Assalamualaikum kepada pembaca semua,

sudah lama rasanya aku x mencoret sesuatu kat sini. So, arini aku nak kongsikan satu lagi resepi yang aku n family suka makan. resepi mudah je tapi sedap. pertama skali tgok pic dulu tuk amik mood.... hehehe...
Ni diaaaa... Kimbab sedap n simple





oke.. xyah cter panjang2, jom kiter tgok bahan2nya,

1. Beras sushi / beras basmathi
2. Seaweed atau rumpai laut ( makesure yg halal ye).
3. Minyak bijan
4. Minyak masak (sedikit aje gunanya)
5. Telur 2-3 biji (buat telur dadar dan hiris memanjang)
6. Sebatang timun jepun
7. Kubis beijing ( di hiris memanjang)
7. Tuna
8. Sedikit garam
9. Bamboo mat (Alat tuk mengulung sushi)


Cara-cara penyediaan:
  1.  Masak nasi dalam 2 pot. Cuci beras macam kita selalu masak tu. 2 pot beras, bersamaa 4 pot air. Masak macam biasa kita tanak nasi. boleh dapat dalam 4-5 batang kimbab.
  2. Masa menunggu beras masak, kita goreng telur dadar. Tarukkan secubit garam dalam adunan telur tu. Goreng seperti biasa.Nak sedap lg boleh letak juga black paper / paprika / chili flakes. Potong memanjang bila sudah masak.
  3. Untuk timun pula, potong kedua-dua hujungnya dan potong memanjang n jangan nipis sangat tau. At least, sebesar saiz jari kelingking. Kubis juga dihiris halus n memanjang.
  4. Setelah nasi masak, dan agak suam-suam, masukkan ke dalam satu mangkuk besar dan titiskan sedikit minyak bijan ke atas beras dan letakkan beberapa cubit garam. ikut citarasa anda. anda juga boleh gantikan minyak bijan dengan cuka. (cuka+gula + garam) . Gaul nasi, garam dan minyak minyak itu agar mesra. 
  5. Ambil papan pemotong atau pinggan besar dan letakkan bamboo mat ke atasnya dan letakkan pula sekeping seaweed ke atasnya. Letakkan sedikit nasi yang telah digaul tadi sedikit demi sedikit di atas seaweed dan lenyekkan nasi tersebut. Macam gambar kat bawah ni .
  6.  
    warna oren2 tue kerak nasik sebenarnye.. hehehe
  7.  Lenyek keliling kepingan seaweed tu tapi yang dihujung tu jangan taruk banyak sangat sebab takut bila digulung nanti, nasi terkeluar di hujungnya. Tak cantik pula kimbap tu nanti.
  8. Kemudian ambil timun, kubis, telur dan tuna dan letakkan rapat-rapat. Ala-ala macam bertindan.
  9.  
    inti boleh di ganti dengan apa2 yang anda suka.
  10. Bila hendak menggulung, pastikan tangan anda menggulung perlahan-lahan sambil menekan isi kimbap agar tidak terkeluar. Sambil menggulung, tekan sedikit kuat di bamboo mat berisi kimbap tersebut agar seaweed, nasi dan isi kimbap mampat. Gulung pelahan-lahan hingga ke hujung. dan kemudian gelek ke hadapan dan ke belakang bamboo mat berisi kimbap tu. 
  11. Setelah selesai menggulung, kimbap anda akan kelihatan panjang. 
  12.  

  13. Untuk memotongnya, potong saiznya sebesar ibu jari. Kalau rasa nak tebal, bolehlah potong ikut suka-suka hati... :)
  14. Dah siap potong semua, bolehlah dihidangkan bersama sambal kicap.
    sesuai di makan x kira masa...


Pertemuan dengan Doktor Gigi

Assalamualaikum....

Pernah tak korang rasa mengigil satu badan sebab takutkan sesuatu?. Menggeletar satu badan macam nak pengsan.

hari ini aku merasai pengalaman mengigil satu badan. perkara yang paling aku x suka nak buat tp terpaksa juga buat. seorang yang aku tak nak jumpa. kalau boleh x nak pandang pun; DOKTOR GIGI. kelakar x?.. aku x tahu lah aku nie takut dengan doc ke / dengan alatan / bau-bauan2 dekat klinik gigi tue.. yang pastinya kalau aku mmg x suka dengan semua yang ade dengan situ. tapi demi nak menjaga gigi dari sakit kemudian hari... terpaksa la jugak aku hadap pekara yang aku takutkan tue.

Dengan penuh keazaman dan sedikit sisa-sisa keberanian, aku pegi jugalah klinik kesihatan sek 7 shah alam.
jauh jugak la nak parking sbb mmg ramai org dekat klinik kerajaan nie.

mula2 sampai daftar nama n amik no giliran.. dapat je no. giliran tu.. jantung rasa macam nak meletop, kaki dah mengigil, seram sejuk satu badan. Penantian itu satu penyeksaan, sbb ape.. setiap kali loceng no berbunyi aku dah mengelabah. dalam hati nie berdoa supaya di permudahkan segala urusan dan yang penting x sakit.

tiba je giliran aku, tarik nafas panjang2 nak begerak ke blik doc. sblom masuk baca doa n langkah kaki kanan. aku senyum kat doc, tp xtau senyum aku tu nampak mcm senyum ke x? sbb otot2 muka aku nie dah rasa keras semacam je...

soalan pertama doc tanya kat aku, " datang sini nak buat apa ye?". aku jawab "x tau"... hahahaha.. kelakar x? doktor tue x marah plak bile aku cakap xtau.. dia suruh aku relex & baring kat kerusi khas untuk check gigi... satu persatu dia check. pastu dia tanya aku nak tampal ke nak cuci. then aku jwb nak buat yang mana x sakit tp sebelum buat aku minta doktor letak ubat x kasi sakit.. ubat kebas la tue... tp doktor xnak kasi.. hampehhh... konon x sakit... aku dh mengeletar.. air mata dah berlinangan...

hampir 5 minit 'berbincang' dengan doktor aku putuskan tuk tampal je gigi berlubang aku tue.. ade 2 tempat gigi berlubang.. malangnye aku bleh buat satu gigi je... prosedur klinik gigi kerajaan satu hari satu gigi.. huhuhahahah... ini bermakna aku perlu lalui situasi yang sama sekali lg klu aku nak tmpal lagi satu gigi. adoiiyaiii....

apa2 pun bermula la acara menyedut, memcuci, mengorek, menampal. dan macam2 la.. dari mula proses ssampi ke siap semua nya... badan aku mengeras saja... air mata xyah cter la.. laju je kuar aku pun x tau kenapa.. padahal tak sakit sangat pun.. tangan nurse yang dok pujuk smbil beborak ngan aku tu.. aku x lepas dari awal sampi abis.. aku gengam kuat2. doktor gigi tue cakap aku trauma sbb tu aku jd macam tue.. betul la tue.. masa kecik dulu, darjah 1 @ 2 macam tue.. ade klinik gigi bergerak datang ke sekolah, dan aku salah seorang murid yang menjadi mangsa keganasan seorang nurse yang menggerudi gigi aku. aku serik. aku xanak ingt pengalaman tue.

hampir 15 minit, selesai la sudah sesi menampal. lega. lepas berkumur, doktor tu cakap nnt datang lagi. aku pun ckp insya Allah. x tau la bile aku akan jejak kaki lg kat klinik gigi.. hmmmm.... walaupun dia buat slow2 n x sakit tp aku masih lg rasa ngeri nak pergi lagi ke klinik gigi. tp aku mmg ada bercita-cita tuk cuci gigi. in-sya Allah suatu hari nnt.

sehinggit tuk pendaftaran dua hinggit tuk tampal gigi... Murah... hehehe

 sekian la saje kisah aku n doktor gigi.. hahahaha...