![]() |
ROTI SARANG LEBAH |
Assalamualaikum buat pembaca2 semua...
Hari aku nak kongsi satu lagi resepi yang agak mudah. Resepi Roti Sarang Lebah. Macam biasa search je kat internet mesti keluar macam2 versi resepi nie. aku sebenarnya tak berminat nak buat masakan yang memerlukan masa yang lama untuk siap, tetapi dek terpengaruh dengan sepupu aku, maka aku pun try la buat. sepupu aku nie memang suka memasak. segala macam jenis resepi di cubanya. semuanya menjadi plak tue.
cousin aku kalau dia masak, dia memang suka buat hidang yang berbagai warna. contonya macam gambar bawah nie..
![]() |
Kuih Jala & Kari Ayam |
![]() |
Laksam |
![]() |
Kuih Sagu |
![]() |
Kuih Lompang |
meriahkan?... hehehe.. bukan sekadar manisan je warna warni, Laksam pun warna warni. Dia la mendorong aku banyak ke dapur. bile dia cter masak itu masak ini aku rasa seronok lak nak mencuba...
so, satu petang yang aman damai aku pun try la resepi roti sarang lebah nie. di sebabkan aku xde bread maker, maka perlulah menguli pakai tangan. Tayang lagi gambar roti sarang lebah nie.. hahahaa..
![]() | ||
Roti yang sudah siap dibakar |
Bahan-Bahan Doh:
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh dry yis
1/4 sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt - suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower/minyak jagung
1/2 cawan air suam
Bahan Tabur:
Almond flakes
Bijan Hitam / pumkin seeds / sunflower seeds
Butterscotch
Cara cara:
1. Larutkan yis dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
2. Dalam mangkuk adunan, satukan garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
3.
Masukkan campuran yis dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau
sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
4.
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan
teruslah menguli doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara
ulinya macam nak sental baju zaman dulu dulu
(zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak
tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
5. Uli sehingga doh menjadi elastic. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup macam dalam oven atau microwave yang TAK di ON. Bila doh dah naik, tumbuk tumbukkan supaya keluar anginnya
7.
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat
atau mata kucing (dalam 20 gram) dan susunkan rapat di dalam loyang yang
telah disapu dengan sedikit minyak.
8. Buat sehingga habis. Memang doh lembik tapi jangan risau kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak jer. Biarkan
doh naik 2X ganda. Lumur bahan sapuan. Pastikan sapuan ini tidak
meleleh ke dasar loyang kerana ianya akan membuatkan roti anda melekat
dan susah ditanggalkan bila telah masak.
9.
Taburkan dengan bijan hitam dan almond flakes jika suka dan biarkan
doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Kan aku dah cakap nak wat roti nie amik masak yang agak lama. Ok sementara menunggu doh naik, ON kan
oven pada suhu 180-200C api atas bawah.
10.
Pastikan oven betul betul panas, baru dimasukkan loyang. 10 minit
pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
11. Bakar selama 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat cepat tuangkan butterscotch di atasnya. Sedia untuk dihidangkan.
Nota:
1) doh memang lembik. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tangan anda dengan minyak masa nak bahagi bahagi doh kecik kecik.
2) tak payah bulat bulat sangat pun, sekadar lebih kurang sebab nanti ia akan bulat sendiri bila naik.
3) pastikan oven benar benar panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak habis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas kemas
![]() |
Dah siap!... |
![]() |
sungguh enak di makan begitu saja...uhuuuuu... |
Sos Butterscotch
Bahan bahan:
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boh jer susu cair)
Secubit garam
1/2 sudu kecil vanilla essence
25 gram butter
Cara cara:
Cairkan
butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga
gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih. Tuangkan whipping cream
perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan
vanilla dan bila semuanya sebati padamkan api dan tuangkan dalam bekas
tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
Nota:
Pastikan
semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau
di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat..