Friday 8 May 2015

Tortilla Ayam Wrap

Assalamualaikum n salam sejahtera semua,

Selasa lepas pergi bershopping2 barang2 dapur dekat Checkers. kebetulan aku n hubby amik cuti lajak selepas cuti hari buruh n hari wesak. lapangnya rasa shopping bile orang x ramai, mudah nak membelek2 n selesa nak tolak troli sana sini. tengah syok dok memilih sosej, hubby tanya nak masak apa untuk dinner malam karang. Terus mata ternampak tortilla wrap. sambil angkat2 kening dekat my hubby, tunjuk pkai mata je kat tortilla wrap tu.. hubby ckp okey. Set.. dinner - Tortilla Ayam.
Jom kita semak resepinya.


Tortilla Ayam wrap
bahan-bahannya:
A.
1 - 2 ketul ayam
1 inci halia - diketuk
secubit garam
1-2 cawan air - bergantung kepada saiz ayam
secubit black paper / chili flakes
secubit parsley flakes

B.
4-5 keping tortilla wrap - apa2 jenis pun boleh
salad
tomato
timun jepun
bawang holland
capsicum
mayonis
lada hitam

Cara memasaknya:

1. Bahan2 A direbus sehingga empuk/ masak dan toskan.
2. Apabila ayam td sejuk carik2kan ia.
3. Potong dadu bawang holland, tomato, capsicum dan timun jepun.
4. Masukkan bahan2 yang di potong dadu bersama2 dengan ayam yang sudah dicarik2 ke dalam bekas. kemudian masukkan mayonis dan black paper dan kacau rata.Suaikan rasa.
5. Panaskan tortilla wrap dengan menggunakan frying pan tanpa minyak selama 2 minit. api jangan terlalu besar. apabila tortilla sudah lembut angkat dan letakkan ke dalam pinggan.
6. Letakkan 1-2 keping daun salad atas kepingan tortilla. ratakan filling ayam tadi dan gulungkan kemas.
7. Potongdua tortilla dan sedia dihidang.



selamat mencuba....